nuffnang

Friday, September 26, 2014

New Me ,New Blog

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah setelah berfikir panjang ,pro dan kontra, baik dan buruk, juga matang dan tidak matang. Akhirnya kata sepakat antara minda dan hati telah termetrai. Blog lama missanadream.blogspot.com dipadam!. Blog tu masa zaman budak-budak hingusan lagi sampailah zaman kecelaruan kehendak diri. Hehe. Ayat macam poyo je kan. Tapi itulah hakikatnya. Bila baca blog lama tu, macam malu sendiri pon ada. Ya lah, budak-budak punya entry memang tak matang dan tak fikir panjang. Jadi untuk elakkan terusan berasa malu pada diri sendiri, hana pun delete blog lama. dalam tu hana bahasa kan diri macam-macam. Hehe . Memang teserlah ketidak matangannya. Jadi dalam blog yang baru ni biarlah saya membahasakan diri sebagai hana. Saya suka nama HANA dan maksudnya pun baik.

 InsyaAllah, angan dan azam dalam diri supaya blog yang baru ni akan dapat beri manfaat dan gaya penulisan yang lebih matang. Sekarang dah masuk alam pekerjaan. Sedikit sebanyak memberikan kesedaran pada diri ni bahasanya sekarang bukan zaman main-main huha huha lagi macam dulu. Ada benda boleh dikongsi, ada benda biar hanya diri kita yang tau. Dulu tulis entry daam blog main redah je. Hmmm.. Tak apa semua ni jadikan pengajaran pada diri. Buat masa sekarang sila la tatap header yang tak seberapa ni dulu sebabnya masih berusaha mencipta header yang menepati cita rasa. Buat yang pernah follow blog lama hana iaitu (missanadream.blogspot.com) , hana mohon maaf sebab blog tu dah tak wujud dan digantikan dengan blog yang sedia ada ni.

InsyaAllah dalam entry berikutnya hana akan cerita serba sedikit tentang kerjaya hana sekarang. Bukanlah kerjaya yang hebat. Tapi Alhamdulillah rezeki hana disini. Cukup dulu untuk kali ni, online sambil bekerja lewat malam sepatutnya membuahkan hasil idea yang banyak. Tapi hana sebaliknya. Rasa dah nak tidur pulak , namun demi kerja perlu diteruskan. Cuma tak dapat fokus untuk terus menaip entry. da... semua warga pemaba hana sekalian... selamat malam...



Sape la punya keja ni. Hmm..teringat pulak anak bulus kat rumah dua ekor tu.

No comments: